Kapal pemecah air batu masa hadapan Kapal_pemecah_air_batu

Bentuk yang membenarkan kapal pemecah air batu bergerak melalui air batu menjadikan kapal tidak selesa di laut terbuka dan mempunyai penggunaan minyak yang kurang berkesan.

Kapal pemecah air batu cenderung untuk beroleng dari sisi-ke-sisi menyebabkan ketidakselesaan kepada anak kapal. Sesetengah kapal pemecah air batu baru seperti USCGC Healy menggunakan tangki oleng. Tangki oleng menggunakan pum dikawal komputer bagi mengalih air pemberat dari sisi-ke-sisi dengan pantas bagi mengekalkan kapal tegak.

Kerisauan penting adalah berapa baik kapal bergerak membelah ombak. Keupayaan kapal membelah ombak memberi kesan besar bagi penggunaan minyak dan keselamatannya ketika ribut. Kebanyakan kapal mempunyai hujung yang tajam bagi membelah ombak dan membantu menghalang ombak daripada menghentam bahagian hadapan. Kapal pemecah air batu mempunyai bahagian hadapan yang bulat; berbentuk lungsur salji untuk mendaki air batu; cenderung untuk menghentam ombak dan berisiko di laut lepas. Kemajuan kini dalam tujahan kapal telah menghasilkan kapal pemecah air batu ujian yang baru.

Penujah menggunakan kuasa elektrik diletakkan pada lenggai boleh di kawal pada bahagian bawah kapal. Penujah Lenggai Azimuthing ini (Azimuthing Podded Propulsors), atau lenggai Azi, meningkatkan kecekapan bahan api, pengawalan kapal, kapal berlabuh, dan keperluan bagi kemudi. Azipods juga membenarkan sesebuah kapal bergerak ke belakang semudah ia bergerak kehadapan. Kapal pemecah air batu dua tindakan ini juga adalah unik kerana bentuk belakangnya sama seperti bentuk hadapan. Biasanya bergerak kehadapan, kapal pemecah air batu dua tindakan ini menggunakan haluan kapal biasa bagi perjalanan yang lebih selesa. Apabila bertemu air batu, kapal itu berpusing dan bergerak kebelakang melalui air batu. MT Mastera dan MT Tempera adalah dua kapal yang menggunakan teknologi baru ini.